Tuesday, August 10, 2010

Kelebihan Sembahyang Sunat Tarawih

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskansembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yangmembaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikatyang tawaf di Baitul Ma`mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolongNabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawihsepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanyaseperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'alah mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa sepertiia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya(cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, sertaAllah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripadaneraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malamini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telahredha kepada engkau dan ibubapa engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidupatau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Shurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang matisyahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacitadan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar didalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orangberterawih malam ini. (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian irotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhamad S.A.W. yang bernama 'Al Kauthar'."

No comments:

Post a Comment