Tuesday, June 29, 2010

Mana yang lebih bernilai, RM 1 atau RM 10...??

Salam...kepada semua yang sudi membaca, xsangka sesi pembelajaran akan dibuka semula minggu ini dan penulis juga tidak ketinggalan utk mengucapkan selamat berjihad dan menuntut ilmulah kerana ALLAH.

Seperti yang tertera tajuk diatas, penulis banyak kali berfikir tentang sejauh mana bernilai not RM1 berbanding not RM10....itu yang menjadi persoalan. Bagi kebanyakan kita semestinya menyatakan bahawa not RM10 adalah berharga dari not RM1. Ya,ia betul jika ia dinilai dari dunia sekarang, bahkan apalah sangat RM1, hanya dapat 4 ketul kuih ataupun suratkhabar berbanding RM10.

Penulis terfikir tatkala selepas bersembahyang jumaat minggu lepas (25 Jun 2010, 12 Rejab 1431), melihat kepada tangan-tangan yang bisa menghulurkan duit sebagai sedekah kepada masjid itu. Kebanyakan juga adalah datang dari not duit yang terenyuk berwarna biru...RM1! Alahai RM1 inilah yang menjadi saham kita diakhirat nanti...tapi saham yang diakhirat inilah yang kita enggan meletakkan sesuatu yang tinggi nilainya berbanding perkara-perkara lain.

Kalo dikirakan RM1 x 52 minggu = RM 52 setahun kita hanya bersedekah kepada masjid2 ini. Memang ada yang berkata 'asalkan ikhlas' tetapi sejauh manakah keikhlasan tanpa pengorbanan yang lebih jitu terhadap-NYA. Bersedekahlah sehingga tangan kirimu tidak mengetahui apa yang tangan kanan lakukan...Jadi, not RM1 inilah yang dikatakan lebih bernilai diakhirat kelak, janganlah ketinggalan untuk bersedekah kerna inilah antara amalan yang tidak putus ganjaranya.


Penulis sendiri menasihati diri sendiri dan saudara2 diluar sana....INSYALLAH

No comments:

Post a Comment