Friday, June 4, 2010

Manusia dan golongan....

Salam....
Sejenak terfikir tentang manusia,dunia dan akhirat. Anda seperti saya juga adalah golongan manusia yang mencari-cari apa tujuan sebenarnya kita diciptakan. Masih ramai diluar sana yang buntu dalam mencari apa sebenar matlamat hidup kita sebenarnya kepada Yang Maha Esa. Adakah kita ini benar-benar berada dilandasan yang sebenar seperti mana Surah Al-Fatihah ayat 6 yang bermaksud "tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Bermakna senantiasa kita meminta dan berdoa agar kita dipertunjukkan laluan sebenar yang diredhai oleh-NYA.
Berikut golongan yang disebutkan....manusia bersama kapal dalam pelayaran terjumpa sebuah pulau:

1) Golongan dimana merasakan dunia ibarat pulau dan semestinya ada kehidupan yang lebih panjang dan lebih baik sepanjang pelayaran bersama kapal.Mereka melihat sebentar dan kembali ke kapal kerana mereka ingat bahawa bukan pulau ini tujuan utama mereka.

2) Golongan dimana merasakan dunia indah dan terleka dengan keindahan itu dan sekembali kembali ke kapal pelayaran, mereka sempat menaiki dan mendapati tempat yang mereka duduki sebelum ini telah diduduki oleh orang lain.

3) Golongan dimana amat malang, sangat terleka dengan keindahan pulau dan tidak menghiraukan panggilan dari kapal dan berkali-kali panggilan kapal juga tidak diendahkanya. Dan mereka semua terlepas kapal itu yang jauh meninggalkan mereka sambil mereka puas memanggil-manggil kapal itu kembali. Mereka amat malang dan rugi.

No comments:

Post a Comment